aku x tahu mcm mane nk mulakan sbb aku x pndai nk berkata2 dlm blog.
kali ni aku nk cakap psl membaca. tabiat membaca. khusus utk diriku.
sekarang bila usia dah menginjak 18 thn hati masih belum cinta pada
buku. entahlah aku pon tidak tahu mengapa. biar ku ceritakan ttg aku,
buku dan membaca.
dulu, wktu aku buta huruf, wktu kecil2 dlm
4-5 thn, (umi yg cerite) aku suke sgt suruh umi bacakan buku utk aku.
kalo umi x nak bacakan (sbb byk keje!) aku akan mengamuk x tentu
pasal. menangis mcam nak rak. ape2 pon buku di tgn tu mesti aku tahu
isi kandungannya. x kan nk tgk gmba berwarna-warni jer. x puas rasanya.
itu wktu aku belum reti membaca.
bile abes tadika pon aku
masih belum pndai membaca sepenuhnya. naik darjah satu br aku diajar
ttg sebutan, huruf vokal dsb. buku BACALAH SAYANG. itu yg digunakan dlm
kelas wktu itu.
ka ki ku ke ko
ba bi bu be bo
kakiku kaku.
kaki akiku kaku.
begitulah tiap2 hari. smpailah BACALAH SYG 2. diperkenalkan pula dgn penggunan NG
sayaNG
bayaNG
layaNG.
pak abu membaliNG anjiNG dengan poNGkes.
itu ayat yg aku amat2 ingat. dan alhamdulillah tamat darjah 1, aku boleh membaca dgn lancar.
dan aku jadikan mmbaca sbg hobiku.
aku suka sgt membaca. malahan sewaktu makan, aku x selesa kalo makan
mcm tu saje. mesti aku mmbace label kotak makanan. sewktu menggosok
gigi pon! aku bace ape kandungan ubat gigi tersebut. sewaktu disekolah
rendah (sksl), library tu dah jd mcm rumah aku. library di sksl sgt2
kondusif utk membace, main batu seremban, tgk tv, lepak2 atau main
nyorok2 (kejar2 pon ye jugak…budak2..). satu hari dihadkan pinjaman hy 2 buku.
1 buku BI dan 1 buku BM. teringat aku pernah memprotes kpd librarian yg
bertugas. 2 buku sehari manalah cukup! pinjam pagi ptg dah hbis baca.
wktu itu buku2 kegemaranku ialah kisah2 abu nawas, kisah nabi muhammad,
crite2 dongeng novel2 dbp malah novel SETEGUH KARANG pon aku khatamkan
sewaktu dalam darjah 3! mmg minatku kpd membca sgt2 mendalam. bku di
rumah tidaklah byk. sbb itu library tu mcm aku yg punya! hehehe..dan
terbukti melalui pembacaan yg byk, karanganku seringkali mencapai
markah yg baik. begitu juga subjek pemahaman.
bila naik
sekolah menengah, minat semakin kurang. entahlah mungkin sukar
mendapatkan bhn bacaan. hendak ke library pon slalu saje beralasan x de
masa(sdgkan wktu rehat dan masa2 senggang lain kuhabiskan dgn
T.I.D.O!). spjg 5 thn di semesta hanya 4 buah buku yg pernah kupinjam
dr perpustakaan. 2 sewktu di tingkatan1. 2 lg sewktu d tingkatan 5. yg
lainnya buku yg berkaitan pelajaran. even aku masuk dlm bahas team pon,
ilmuku sgt2 cetek. padanlah berbahas pon tidak betul! ilmu kurang,
bercakap atas angin sajalah agaknye!
bhn bacaan yg slalu jadi tatapanku mcm biaselah..remaja..
hype, utopia, remaja, novel2 alaf21. care mmbace novel alaf21 begini ya.
baca sinopsis, bace bghn hdpn sket, bace tgh, bace belakang. dan nah
anda sudah tahu wataknya. konflik watak utamanya. ape masalahnye dgn
kekasih hatinya, dan akhirnya kekasihnya itu matikah atau hidupkah,
atau memilih yg lain.
dan impaknye….akibat malas membace…jeng2
karanganku slalu saja x berkualiti dan lain2 impak negatif juga. markah bm di atas pagar sahaja.
sewktu upper form bmku jrg sekali mencecah A1…dan slalu shj markah
BIku melebihi markah BMku. alasannya. hari2 aku terpkse ‘berlawan’ dgn
gman TERUTAMANYA dan geng2 sudoku(sudoku ade dlm suratkhabar the star
sebelah kartun garfield/hagar) utk membace surat khabar the star.
sehari x sentuh the star rase mcm x lengkap hidup. suratkhabar bm,
hanya setelah mnjadi ‘belacan’ brulah kubace, kuhdam dan cernakan.
itupon isu2 yg penting, yg pjg berjela2 tu..rase malasla nk bace. isu
politik, aku x minat. isu ekonomi, lgla x minat. jahil sungguh wktu
itu! sdgkan artikel2 itula yg slalu jd rujukn terutamanya mncari isi
dlm berdebat. wktu itu SHJ, artikel2 itu kujengah.
dan sblm
spm, aku tanamkan azam utk menghabiskan cuti lps spmku dgn membace sbyk
mungkin…. azam tinggal azam. sehingga bru2 inilah minat membaceku
timbul kembali, setelah melihat seorg rakan yg begitu aku kagum, sgt2
kagum akan mindanya. minda yg terbentuk hasil minat membaca. setiap
bulan dia akan sasarkan buku apa yg akan dibaca, dan die sedaya upaya
akan mencapai targetnya. alangkah bgusnya kalo aku boleh mnjadi seperti
dia!
minatku skrg beralih kpd buku2 karya FT dan aku berusaha
utk membaca bhn bacaan yg lebih berat, yg memerlukan aku berfikir
dalam2. aku WAJIB dan WAJIB utk menanamkan minat membace. kalo tidak x
kan ilmu itu mahu dimasukkan melalui telinga?! alamatnye masuk telinga
kanan………..(anda smbnglah sendiri). skrg ini aku cube semai dgn
membace blog2 ilmu yg berlmbak di laman maya ni. sronok melihat mereka
yg berilmu meluahkan idea mereka dlm penulisan blog. dan aku jd kagum.
aku juga ingin jadi seprti mereka, mmpunyai blog yg bermanfaat utk
dikongsi. skrg ini blogku di frenster ini ku anggap picisan. tidak ada
pengajaran yg boleh dikongsi bersame pembace (pttla x de org nk kunjung
ke sini!)
aku agak berhenti di sini dululah. aku nk ajak sape2
yg bace blog ni, cube semaikan minat membace dlm diri anda. jgnla
menjadi seperti bush yg mengaku x minat mmbace kpd rakyatnya (dan
seluruh dunia) akhirnya masy menjadikan alasan ‘tidak minat mmbace’
bush itu sbg salah satu asbab dia menyerang negara2 di sebelah sana.
cetek pengetahuan,tidak berfikir sec mendalam.
tetapi percayalah, membace x akan rugi kerana
MEMBACA MEMBUAT KAMU BERFIKIR.