-utk mereka yg mengasihi diriku-
0155 hours 20/5/06
mata masih belum mengantuk..masih lagi tunggu rakan2 debate menghabiskan mock mereka…
kebosanan melanda..saat ini dah ramai yg tewas..tertido di lantai meskipun kesejukan melanda dek penghawa dingin yg terpasang semenjak 8 pagi tadi.
saat ni tika ni..kekalutan mencengkam diri lantaran berada dlm dilema…
keputusan biasiswa jpa, mara, upu dll diumumkan, tumpang gembira atas kejayaan rakan2 yg dengarnya bakal ke jepun, us dsb. malah hati juga girang tatkala menanti saat tiba cuti pertengahan semester kerana waktu itu saudara perempuan yang tua tiga tahun (kakak la senang cakap!) akan menamatkan A levelnye dan akan ke universiti perubatan terkemuka di ibu kota sebelum ke luar negara.. (insyaAllah)
apa yg mencengkam sanubari kala ini ialah mmpukah diri menjadi spt mereka..sedangkan pada hari ini persaingan begitu kuat.
diri x begitu kuat, nurani x begitu kebal kerana pencapaian pada kertas putih berisi soalan itu tidaklah seberapa..sekadar cukup untuk membuatkan guru tidak menggeleng kepala..itu sahaja..
hendak dituding pada otak yg padat dengan salur darah ini..rasanya tidak wajar,kerana serebelum ini cukup mantap untuk menghafal segala formula, hendak ditempik pada jawatan pimpinan yg disandang, diri sendiri yg pernah menjunjung ikrar di hadapan 700 permata negara, mahu diterjah masa nan emas itu…nanti dikata sudah lupa surah ‘demi masa’ yang dihafal seawal umur 7 tahun, kalau dikeluh pada ‘xtvt tambahan’ nanti dikata menderhaka dan melanggar tulah, tidak mahu berjuang dan menyahut seruan insan yang dahulunya acapkali melaungkan ’semesta gemilang terbilang!’ mungkin jari telunjuk yg bakal tersarung cincin itu =P harus menyongsang pada tuannya kembali.
16 tahun menapak di bumi Ilahi, terlalu byk yg telah diharungi, terharung, mengharung dan dihurung. kini penentuannya semakin hampir, penentuan untuk membuktikan diri ini anak berjasa, bukti insan ini semestarian yg satu dlm sejuta, bukti insan ini tidak mensia2kan duit kerajaan yang ‘dipinjam’ semenjak lahir lagi. lantas persoalannya ‘adakah mampu?’. 16 mei lalu diri melangkah ke pejabat dlm getaran berhadapan dgn kertas kimia dlm tempoh 30 minit lagi; tujuannya murni ingin meluahkan penghargaan buat guru bahasa inggeris yg begitu membawa pengaruh dlm diri. tangan dihulur, disambut lantas insan mulia itu meluahkan bicara, berdoa agar diri ini berjaya dan tuntasnya jua, diri ini mempunyai potensi yang besar untuk menggapai maksimum terbaik dlm spm. nanti. bibir mengukir senyum lantas di pundak batu jemala jua terisi satu lagi harapan, yang seharusnya dipenuhkan. kerana lumrah diri ini, jika seseorang meletakkan cahaya dan harapan pada diri, bermaksud mereka percaya akan diri ini bahawa diri ini MAMPU dan harus memenuhinya, jika tidak kecewa seisi alam terasa…
kejayaan sahabat yg lain jua menjadi pemangkin dlm diri ini..persoalan yg sama jua menerjah "bolehkah aku?". riang mendengar rakan sepermainan tatkala kecil dulu, kini mendapat biasiswa jpa dan dgrnya bakal menjadi golongn yg berkot putih sewaktu bekerja, gembira pula terbaca kisah rakan2 yg dulu tajam lidahnya memancung hujah kini berdebar menanti saat mendaftar di pusat2 persediaan ke luar negara dalam bidang kejuruteraan, malah girang pula mendapat khabar bekas pemimpin disiplin di semesta bakal dianugerahi ‘full colours’ pada HKSBP di kuantan nnti. semua itu ada dlm diri, ingin menjadi spt mereka namun "bolehkah aku?"
teringat pula wajah2 yg amat disayangi yg selama ini begitu berjasa kpd diri, ummi yg pernah memaksa dan mendera diri ini membuat latihan add math 6 jam sehari, terima kasih kerana dy/dx itu tidaklah sesukar mana kini dan log balak itu hanya mainan pensel pilot super grip 0.5, jua kerana memasak makanan yg sgt2 sedap dan jua mengajar diri ini menjadi gadis, bukan tomboy,bohsia mahupun pengkid. babah yg tegas, yg dulunya selalu mengaplikasikan tali pinggangnya sehingga kulit ini menjadi kemerahan dan menangis dlm dakapan ummi, sehingga kini bila difikirkan kesannya amat mendalam: andai tubuh ini tidak merasa keperitan itu, maka tidak wujud diri yg sekarang ini. mungkin seseorang yang khayal dlm dunia remajanya. mereka yg mngasuh dan membesarkan diri ini, terima kasih kerana sudi melabur sejumlah wang yang begitu besar untuk kelesaan diri ini.
buat seseorang yang sudah hidup selama 20 tahun dan menjadi saudaraku selama 16 tahun, zaman kecil kita begitu indah penuh dgn warna-warni. angin felda di hujung pahang barat itu begitu asyik membawa kita dalam dunia kanak2 yg begitu menghiburkan. terima kasih kerana suatu ketika dulu, seawal 6.30 pagi, dirimu lelah ,mengayuh basikal menuju ke sekolah dan di belakangnya duduk aku, menghitung hari dan berfikir mengenai dunia ini. dan hari ini, semangat dlm diri begitu membara utk menyaingi dirimu, keranan ikrarku mahu mengalahkan 9a1 1a2 yg dipegang malah seharusnya aku menjadi lebih baik kerana sudah ada role model dan ikutan utk lebih berjaya. mungkin satu masa nanti kita boleh menghabiskan cuti musim panas atau yg di barat sana menyebutnya summer holiday bersama-sama, menjelajah eropah mungkin.
buat si manja yang begitu kontra dgn diri ini, belajar rajin2 kerana kita tidak ada apa nak dibanggakan selain ilmu itu sahaja. hormat cikgu dan sentiasa bersikap positif, hormat senior kerana tiada senior x dela junior…hidup di semesta indah..terlalu indah andai setiap saat berharga itu dihargai…
untuk si gagah dan hensem yg nyata kulitnya semakin legam dek kerana terlalu asyik membuat lipat takraw dan menghayun bola baling, jgn asyik dgn dunia digital dan maya itu, kerana kita berhadapan dgn realiti, bukan fantasi dimana kita boleh membunuh untuk mendapatkan wang, menggunakn cheat codes utk menukar kereta dan mendapat senjata tetapi usaha. dan gadis kecil molek yg dikejar itu tiada apa-apa, andai diri sudah berjaya nanti sejuta gadis seperti siti nurhaliza pun mampu cair…
buat si comel yg kini memegang tampuk pemerintahan pelajar semesta…sejuta penghargaan atas hadiah yg tidak ternilai sepanjang 5 tahun kita bersama. ingat janji kta ingin melangkah ke semesta (bilik imam al ghazali spesifiknya)bersama2 dgn pelukan harmoni kerana kejayaan itu milik kita(insyaAllah). terima kasih kerana selalu menenangkan diri ini tatkala separa gila memburu kasih yg mmg x kan kesampaian, selalu mengorban duit dan makanan utk memenuhkan perut yang mempunyai 8 bahagian ini, bersama2 berusaha agar yg manis itu tetap menjadi milik kita dan didoakan agar ogos 2006 ini adalah ogos yg paling gemilang dalam hidup kerana pertamanya:sasaran percubaan spm keduanya:biarlah rahsia…sama2 kita doakan..insyaAllah
akhirnya, setelah hampir sejam menatap siling kamar ‘zuhal territory’ itu semalam satu suara bergema…dan alhamdulillah…mata terpejam dgn tenang selepas itu..mengharapkan hari2 mendatang yg lebih baik, yg penuh dgn sinar dan keceriaan.amin…